Tuesday, June 28, 2011

PG Atau VG?


PG

-Less Vapor,
-More Taste
-More Throat Hit

VG

-Tons of Vapor
-Moderate Taste
-Smooth Inhale.


So, pilih yang mana anda berkenan. Atau boleh cuba campurkan. 80% PG 20 %VG recommended!

Gudang Garam E Liquid | Review


Saya berkesempatan bertemu dengan seorang tokan vapor sehari dua lepas dan kebetulan dalam stok beliau, ada perisa Garam. Dan sempatlah juga saya mencubanya. Dengan menggunakan atomizer dan drip tip, lebih kurang 2-3 titik. Teruja juga mulanya kerana saya mengharapkan rasa yang ada mirip-mirip gudang garam biasa.

Namun malangnya sangkaan saya jauh meleset. Vapor yang terbit dari titisan itu adalah tidak lebih dari rasa cengkih sebenar. Tanpa sedikitpun rasa tembakau. Sementelah saya sendiri adalah agak anti dengan rasa cengkih, so apa yang boleh saya rumuskan adalah perisa ini GAGAL.

Monday, June 27, 2011

Pengenalan kepada E-Liquid



E-Liquid atau e-Juice atau kadangkala dikenali sebagai cecair nikotin digunakan untuk menghasilkan wap oleh rokok elektronik ini. Ia biasanya mengandungi perisa, dan terdapat ratusan variasi pilihan perisa yang tersedia. Ada antaranya cuba meniru rasa tembakau yang terdapat pada rokok analog popular yang tertentu, seperti Marlboro, Dunhill, Virginia dan 555. Dan selebihnya adalah terdiri dari perisa-perisa makanan atau minuman atau buah buahan. Antara yang cukup popular adalah Redbull, Coffee, Mint, Blueberry Apple dan Cherry.








Bahan utama dalam e-liquid ini sebenarnya adalah cecair hygroscopic yang mana apabila dipanaskan akan menukarkan kandungan air dalam larutan tersebut menjadi wap seakan asap. cecair hygroscopic yang kerap kita temui di dalam e-liquid yang terdapat Malaysia ini adalah Propylene Glycol (PG) dan Vegetable Glycol (PG). Namun ada sesetengah pengeluar dari luar negara menggunaan Polyethylene Glycol 400 (PEG400) namun secara peribadi, saya belum menjumpai produk e-liquid berasaskan PEG400 ini di Malaysia.




Till later okay.


Saturday, June 25, 2011

K'era 900 mAh | Review

Dalam entri sebelum ini saya ada menyebut beberapa jenama rokok elektronik yang popular. Ada yang mahal dan ada yang murah. Dan ianya pula ada beberapa jenis yang direka khusus untuk perokok tegar, perokok sederhana atau kepada perokok sosial.

Jenama-jenama seperti Provari, GGTS, Riva dalam pengetahuan saya adalah dari USA manakala KGO, EGO, Kingera@K'era adalah dari China. Bagi saya sendiri yang baru berjinak-jinak dengan rokok elektronik ini, saya menggunakan jenama Kingera atau lebih dikenali sebagai K'era.

Sepanjang sebulan saya menggunakan K'era ini (900mAh) saya boleh mengatakan saya amat berpuashati dengan prestasinya. Baik dari segi penghasilan vapor ataupun ketahanan baterinya. Didatangkan dengan 2 pilihan warna, hitam dan krom saya memilih untuk menggunakan yang krom. Ini kerana saya tidak yakin dengan kecermatan diri saya sendiri untuk menjaga barang berwarna hitam. Maklumlah saya agak cuai so kemungkinan cat yang hitam itu senang tercalar. He he he. Ok di bawah ini adalah sedikit review moga dapat menberi faedah kepada semua.

1. Rekabentuk

Didatangkan dengan

1 Kelongsong bateri AA (14500)
2 Bateri
1 Kon
1 Suis bateri
1 atomizer
5 kartrij kosong.

Secara keseluruhannya dari segi rekabentuk, ia amat sesuai dengan saiz yang tidak terlalu besar dan senang dibawa ke mana mana. Sedang sedang elok dipegang ditelapak tangan dan suisnya juga pada saya sesedap rasa dipicit. Cuma sayang, pemicit suisnya diperbuat dari rubber dan berkemungkinan senang rosak berbanding besi dan ianya agak menonjol. Jika tersepit memang berkemungkinan bersar akan tertekan tanpa sengaja. Namun begitu, jangan risau kerana ianya dilengkapi cut off dimana jika suis tersebut tertekan selama 15 saat tanpa henti, ianya akan off sendiri.

Markah 7/10

2. Ketahanan Bateri

Didatangkan dengan 2 bateri 3.7V 900mAh, prestasi keseluruhannya adalah amat memuaskan.
Bagi saya sendiri yang boleh dikatakan heavy vaper, sebijik bateri boleh bertahan selama sehari. Namun harus diingat bahawa ketahanan bateri ini amat bergantung pada cara penggunaan dan cara mengecaj. Seeloknya bateri ini dicaj setelah habis digunakan manakala selepas caj, jangan biarkan bateri anda overcharge. Jika selalu overcharge ni, bateri anda senang jahanam. Namun begitu apa yang istimewanya K'era ini, ianya menggunakan bateri external dan bukannya dedicated battery seperti KGO dan EGO. Oleh itu, kalau jahanam pun, anda boleh beli replacement bateri dengan harga yang berpatutan. Pada waktu artikel ini ditulis, harga semasa replacement bateri untuk K'era ini adalah rm40 sepasang.

Markah - 8/10

3. Vapor

Sama ada menggunakan atomizer standard yang dibekalkan sekali atau menggunakan cartomizer atau clearomizer, vapor yang dihasilkan sangat memuaskan. Terbaik woooookkk. Tambahan lagi jika menggunakan clearomizer mod dan renggangkan sedikit getah yang berada berdekatan coil. Fuhhh memang hampir setanding dengan rokok elektronik lain yang lebih besar. ( memang la pasal walau yang lain tu besar, masih juga 3.7 volt. mAh je lagi besar). Pendek kata, memangggggg puas hati.

Markah 8.5/10

4. Harga

Pada harga pasaran semasa, saya membeli set K'era ini pada harga rm250. Secara peribadi saya merasakan harga ini sedikit tinggi kerana ianya didatangkan dengan bateri 900mAh. Tapi soal harga ini ada naik turunnya memandangkan ianya bukanlah benda yang senang didapati. Mungkin pada waktu barang kurang, harga naik (inflasi). Hehehe. Secara peribadinya saya berpendapat harga yang paling sesuai untuk satu set K'era ini adalah antara RM200 - RM230.

Markah - 6.5/10


Markah Keseluruhan 75%

Selamat Datang Semua.

Hye All. Terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di blog baru ni. Okay tujuan utama kewujudan blog ni sebenarnya ingin berkongsi maklumat dan informasi terkini tentang e-rokok ataupun e cigarette. Mengikut Wikipedia

Rokok Elektronik adalah alat elektrik yang cuba meniru rokok tembakau dengan menghasilkan kabus yang boleh disedut. Ia mengandungi sensasi fizikal, rupa, kandungan nikotin dan mungkin rasa yang hampir sama dengan asap rokok tembakau. Alat ini menggunakan haba, dan dalam beberapa jenis, menggunakan ultrasonic untuk mengewapkan cecair glycol atau Propylene Glycerin kepada kabus. Ianya sama dengan nebulizer atau humidifier mengewapkan cecair untuk sedutan.


Saya sendiri telah hampir sebulan menggunakan ecig ini. Dan semenjak menggunakan peranti ini, saya langsung tidak menyentuh lagi rokok tembakau. Terdapat banyak jenama yang terdapat dalam pasaran sekarang namun antara yang menjadi tumpuan adalah Provari, GGTS, Riva, KGO, EGO, K'era, EPower. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini akan kita kupas dalam artikel-artikel yang bakal mendatang. Stay tune Okay.