Monday, August 1, 2011

KGO Personal Vaporizer | Review

Salam semua Pada kali ini saya akan membuat sedikit review mengenai PV yang cukup mendapat sambutan di Malaysia iaitu. Sebelum memulakan review ini, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada saudara Rizani (http://biz4u.jimdo.com) kerana sudi memberikan KGO peribadi kesayangan beliau kepada saya untuk diujisedut.





1. Rekabentuk

Secara keseluruhannya dari segi rekabentuk, ia mempunyai saiz yang lebih kurus berbanding model K'era 900mAh tetapi mempunyai panjang yang lebih. Memang sedap dipegang. Butangnya pula sangat selesa dipicit dan tidak terlalu menonjol. Risiko tertekan tanpa sengaja agak kurang la.

Markah 8/10



2. Ketahanan Bateri

Kebiasaanya set asal KGO didatangkan dengan 2 batang bateri 1100mAh. Dan setelah beberapa kali penggunaan, saya dapati memang terdapat perbezaan ketara dari segi ketahanan bateri KGO ini berbanding K'Era. Memang ianya mempunyai mAh yang lebih besar tetapi apa yang menakjubkan adalah pada mula mula digunakan setelah di caj penuh, kadar penghasilan wap/vapor adalah amat banyak. Dan apabila semakin mengurang baterinya, tidaklah pula vapor yang terhasil sangat kurang. Masih banyak tetapi mungkin nipis sikit la berbanding pada awal awalnya. Manakala penggunaan sebatang bateri ini dengan penggunaan yang tidak terlalu heavy tetapi tidak juga ringan juga amat memuaskan. Ianya boleh bertahan selama 13 hingga 15 jam kepada saya. Saya mengesyaki tuan punya set ini telah menjampi set ini. Hehehe.

nota - Vapor yang banyak dihasilkan pada awal penggunaan adalah kerana bateri ini berada pada max voltage iaitu sekitar 4.2-4.0v.



Markah - 8.3/10

3. Vapor

Saya menggunakan atomizer standard yang dibekalkan sekali dan juga menggunakan cartomizer atau clearomizer. Secara keseluruhannya vapor yang dihasilkan sangat banyak. Throat hit juga rasanya lebih kaw.

Markah 8.7/10

4. Harga

Pada harga pasaran semasa, pada tinjauan saya adalah pada sekitar RM280. Didatangkan bersama waranti selama 3 bulan. Pada harga ini pada pendapat saya masih agak tinggi. Saya menjangkakan harga sekitar rm240-rm250 adalah terbaik. Namun saya difahamkan bahawa harga yang agak tinggi itu dikenakan bagi coverage waranti tadi. Kira masih berbaloi dan sangat bersesuaian dengan prestasi. Saya ada juga terjumpa set KGO dengan harga yang agak murah tetapi tidak bersama waranti. Namun secara peribadi, saya lebih suka barangan yang datang dengan jaminan. Biar bayar mahal sedikit tatapi janji hati tenang.

Markah - 7/10


Markah Keseluruhan 80%