Wednesday, September 14, 2011

Ultimate CE2 Cartomizer




Finally, saya telah jumpa cartomizer yang pada saya terbaik dan cukup memuaskan. Ianya tidak lain dan tidak bukan, Ultimate CE2. Datang dengan 2 saiz yang berlainan, saya berkesempatan menggunakan yang bersaiz kecil.

Tiada apa yang boleh dikatakan melainkan semuanya terbaik. Apa yang paling ketara adalah penggunaan tube yang sangat efektif. Dalam kamus Ultimate CE2 ni tiada lagi istilah bocor. Dan tube yang digunakan adalah jenis yang tidak crack. Saya sendiri telah menggunakannya selama 3 minggu dan sehingga masa artikel ini ditulis, saya rasa hampir 12 kali diservis namun tube yang digunakan masih tahan. Steady kata orang Gua Musang. Ketahanan tube juga menyebabkan kerja kerja servis ini lebih senang dilakukan.

Dari segi penghasilan vapor pula, ianya adalah setanding dengan produk produk yang popular. Vapor cukup banyak dan apa yang paling saya suka tentang Deluxe CE2 pendek ini adalah dari segi flavornya. cukup naik dan apa yang mengejutkan saya, walaupun chain vaping (on K'era), tiada burn taste.

Namun begitu, saya sendiri masih belum mencuba CE3 original yang diwar-warkan ramai adalah terbaik. Ini kerana stock telah habis dan Insya Allah, jika saya telah memperolehi CE3 tersebut, saya akan buat head-to-head comparison.

Till later peeps.