Wednesday, November 2, 2011

Nikotin Dalam E-Liquid


Ramai yang ada bertanya pada saya terutamanya kawan kawan yang masih baru dan yang ingin mula menggunakan Personal Vaporizer (PV) mengenai keselamatan e-liquid. Dan berdasarkan hasil kajian melalui internet, di sini saya menulis sedikit mengenai kesan nikotin dalam E-liquid.

Pengenalan

Nikotin seperti sedia maklum adalah sejenis bahan yang terhasil dari tembakau. Ia adalah agen penyebab ketagihan dan menurut American Heart Association, ketagihan nikotin adalah antara ketagihan yang paling sukar dihilangkan dalam sejarah. Manakala ciri ciri farmakologi dan tingkahlaku penagih nikotin (perokok) secara dasarnya sama seperti ketagihan heroin dan kokain.

Namun begitu, secara asasnya banyak kajian menyatakan bahawa nikotin adalah bukan penyebab kepada kanser (non-carsinogenic).

Dipetik dari Wikipedia

Penerbitan kajian yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa nikotin, dengan sendiri, tidak menggalakkan pembangunan kanser dalam tisu yang sihat dan tidak mempunyai sifat-sifat mutagen.


Keracunan Nikotin

Keracunan nikotin menerangkan gejala-gejala kesan toksik nikotin, yang berpotensi boleh
membawa maut. Dari segi sejarah, kebanyakan kes keracunan nikotin telah disebabkan oleh penggunaan nikotin sebagai racun serangga.

Simptom-simptom biasa bagi keracunan nikotin adalah muntah-muntah dan loya, cirit-birit, sakit kepala, sesak nafas, kepucatan, berpeluh, berdebar-debar, sakit perut, kejang dan sawan. Banyak sumber yang perolehi dalam internet menyatakan lethal dose bagi kebanyakan manusia adalah antara 30mg-60mg. Namun saya gagal menemui tempoh masa yang diambil untuk pengumpulan jumlah nikotin ini dalam badan dan seberapa pantaskan nikotin ini akan dikumuhkan keluar.

Namun apa yang menarik adalah artikel yang saya jumpai dalam http://howdoecigswork.org menyatakan

Sebilangan kecil kajian bebas mengkaji kecekapan penyampaian nikotin PV telah dijalankan. Tanpa pengecualian, konsensus bahawa dos nikotin yang sebenarnya diterima badan adalah jauh lebih rendah daripada apa yang dijanjikan (dikaji semula oleh Vansickel et al, 2010). Sebagai contoh, Vansickel et al, (2010) berbanding paras nikotin serum antara individu-individu yang menghisap rokok biasa dan dua jenama PV. Dalam masa lima minit merokok rokok tembakau, serum tahap nikotin yang memuncak pada sekitar 18-19 ng / mL. Secara perbandingan, tahap nikotin serum perokok E-cig di bawah had pengesanan. Keputusan ini menunjukkan bahawa E-cigs tidak menyampaikan dos nikotin yang bersamaan. Sebaliknya, risiko keracunan nikotin adalah jauh lebih rendah berbanding dengan rokok biasa.


Konklusi dari apa yang saya temui dalam internet ini adalah, e-liquid yang memenuhi standard pengilangan yang betul adalah tidak merbahaya jika tertelan dalam kuantiti yang sedikit. Lebih lebih lagi jika menggunakan e-liquid yang concentration level of nicotine rendah. Namun harus diingatkan bahawa dos yang dinyatakan di atas adalah bagi manusia dewasa yang sihat. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, haruslah pengguna sendiri mengambil langkah-langkah keselamatan yang terbaik bagi mengelak anak anak kecil tertelan e-liquid ini.

Stay vape stay safe stay healthy. Till later peeps.