Saturday, June 25, 2011

K'era 900 mAh | Review

Dalam entri sebelum ini saya ada menyebut beberapa jenama rokok elektronik yang popular. Ada yang mahal dan ada yang murah. Dan ianya pula ada beberapa jenis yang direka khusus untuk perokok tegar, perokok sederhana atau kepada perokok sosial.

Jenama-jenama seperti Provari, GGTS, Riva dalam pengetahuan saya adalah dari USA manakala KGO, EGO, Kingera@K'era adalah dari China. Bagi saya sendiri yang baru berjinak-jinak dengan rokok elektronik ini, saya menggunakan jenama Kingera atau lebih dikenali sebagai K'era.

Sepanjang sebulan saya menggunakan K'era ini (900mAh) saya boleh mengatakan saya amat berpuashati dengan prestasinya. Baik dari segi penghasilan vapor ataupun ketahanan baterinya. Didatangkan dengan 2 pilihan warna, hitam dan krom saya memilih untuk menggunakan yang krom. Ini kerana saya tidak yakin dengan kecermatan diri saya sendiri untuk menjaga barang berwarna hitam. Maklumlah saya agak cuai so kemungkinan cat yang hitam itu senang tercalar. He he he. Ok di bawah ini adalah sedikit review moga dapat menberi faedah kepada semua.

1. Rekabentuk

Didatangkan dengan

1 Kelongsong bateri AA (14500)
2 Bateri
1 Kon
1 Suis bateri
1 atomizer
5 kartrij kosong.

Secara keseluruhannya dari segi rekabentuk, ia amat sesuai dengan saiz yang tidak terlalu besar dan senang dibawa ke mana mana. Sedang sedang elok dipegang ditelapak tangan dan suisnya juga pada saya sesedap rasa dipicit. Cuma sayang, pemicit suisnya diperbuat dari rubber dan berkemungkinan senang rosak berbanding besi dan ianya agak menonjol. Jika tersepit memang berkemungkinan bersar akan tertekan tanpa sengaja. Namun begitu, jangan risau kerana ianya dilengkapi cut off dimana jika suis tersebut tertekan selama 15 saat tanpa henti, ianya akan off sendiri.

Markah 7/10

2. Ketahanan Bateri

Didatangkan dengan 2 bateri 3.7V 900mAh, prestasi keseluruhannya adalah amat memuaskan.
Bagi saya sendiri yang boleh dikatakan heavy vaper, sebijik bateri boleh bertahan selama sehari. Namun harus diingat bahawa ketahanan bateri ini amat bergantung pada cara penggunaan dan cara mengecaj. Seeloknya bateri ini dicaj setelah habis digunakan manakala selepas caj, jangan biarkan bateri anda overcharge. Jika selalu overcharge ni, bateri anda senang jahanam. Namun begitu apa yang istimewanya K'era ini, ianya menggunakan bateri external dan bukannya dedicated battery seperti KGO dan EGO. Oleh itu, kalau jahanam pun, anda boleh beli replacement bateri dengan harga yang berpatutan. Pada waktu artikel ini ditulis, harga semasa replacement bateri untuk K'era ini adalah rm40 sepasang.

Markah - 8/10

3. Vapor

Sama ada menggunakan atomizer standard yang dibekalkan sekali atau menggunakan cartomizer atau clearomizer, vapor yang dihasilkan sangat memuaskan. Terbaik woooookkk. Tambahan lagi jika menggunakan clearomizer mod dan renggangkan sedikit getah yang berada berdekatan coil. Fuhhh memang hampir setanding dengan rokok elektronik lain yang lebih besar. ( memang la pasal walau yang lain tu besar, masih juga 3.7 volt. mAh je lagi besar). Pendek kata, memangggggg puas hati.

Markah 8.5/10

4. Harga

Pada harga pasaran semasa, saya membeli set K'era ini pada harga rm250. Secara peribadi saya merasakan harga ini sedikit tinggi kerana ianya didatangkan dengan bateri 900mAh. Tapi soal harga ini ada naik turunnya memandangkan ianya bukanlah benda yang senang didapati. Mungkin pada waktu barang kurang, harga naik (inflasi). Hehehe. Secara peribadinya saya berpendapat harga yang paling sesuai untuk satu set K'era ini adalah antara RM200 - RM230.

Markah - 6.5/10


Markah Keseluruhan 75%

1 comment:

  1. Cun bro ... review yang baik ... semoga rokok elektronik mendapat sambutan hangat ...

    Ini ulasan terbaru saya >> http://inaiputih.wordpress.com/2011/06/28/rokok-elektronik-ulasan-ego-tank-cartomizer-ego-t/

    ReplyDelete