Monday, July 4, 2011

Perisa Pilihan

Setelah hampir 2 bulan saya menggunakan Personal Vaporizer (PV) ini, saya berkesempatan mencuba pelbagai jenis perisa. Ini saya listkan antara yang menjadi pilihan saya.



1. Virginia

Rasa tembakau yang mild sangat bersesuaian dengan citarasa saya yang sebelum ini pengguna Marlboro Light. Ianya lembut dan terdapat rasa lemak pada setiap sedutan. Biasanya perisa ini banyak saya sedut selepas makan.





2. Redbull

Antara perisa yang mempunyai demand yang tinggi dipasaran. Mengikut kata pembekal merupakan antara perisa yang yang paling cepat habis. Perisa ini kerapkali saya campurkan sedikit dengan Mint untuk rasa redbull sejuk yang memang layan habis!





3. Blueberry

Dimasa senggang atau saat saat melepak bersama kawan kawan di mamak, ini adalah perisa yang jarang saya tinggalkan. Sama seperti redbull saya selalu campurkan sedikit mint. So refreshing!




4. Mint

Mint sahaja sebenarnya bukanlah perisa yang sedap namun ianya bagi saya adalah sebagai additive kepada perisa perisa lain. Jumlah mint yang digunakan bagi setiap isian penuh clearomizer adalah lebih kurang 4-5 titik sahaja. Dan ini adalah perisa yang saya akan pastikan sentiasa ada dalam simpanan saya.


Namun masih terdapat ratusan jenis lagi perisa yang terdapat dalam pasaran. Antara dalam list yang direcommend oleh reseller adalah Lemon, Lime mint, RY4, Chocolate, Cappucino dan banyak lagi. Insya Allah saya akan cuba update senarai ini dari semasa ke semasa.

till later.

1 comment:

  1. Are you paying over $5 per pack of cigarettes? I'm buying all my cigs at Duty Free Depot and I'm saving over 60% on cigarettes.

    ReplyDelete