Saturday, June 25, 2011

Selamat Datang Semua.

Hye All. Terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di blog baru ni. Okay tujuan utama kewujudan blog ni sebenarnya ingin berkongsi maklumat dan informasi terkini tentang e-rokok ataupun e cigarette. Mengikut Wikipedia

Rokok Elektronik adalah alat elektrik yang cuba meniru rokok tembakau dengan menghasilkan kabus yang boleh disedut. Ia mengandungi sensasi fizikal, rupa, kandungan nikotin dan mungkin rasa yang hampir sama dengan asap rokok tembakau. Alat ini menggunakan haba, dan dalam beberapa jenis, menggunakan ultrasonic untuk mengewapkan cecair glycol atau Propylene Glycerin kepada kabus. Ianya sama dengan nebulizer atau humidifier mengewapkan cecair untuk sedutan.


Saya sendiri telah hampir sebulan menggunakan ecig ini. Dan semenjak menggunakan peranti ini, saya langsung tidak menyentuh lagi rokok tembakau. Terdapat banyak jenama yang terdapat dalam pasaran sekarang namun antara yang menjadi tumpuan adalah Provari, GGTS, Riva, KGO, EGO, K'era, EPower. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini akan kita kupas dalam artikel-artikel yang bakal mendatang. Stay tune Okay.

No comments:

Post a Comment