Thursday, July 14, 2011

Personal Vaporizer | Health New Zealand Ltd Study


Pada tahun 2008, Dr. Murray Laugesen (Kesihatan New Zealand), telah menerbitkan satu laporan mengenai keselamatan kartrij rokok elektronik RUYAN. Dr Laugesen dan WHO menyatakan bahawa kajian yang dijalankan adalah bebas walaupun ianya dibiayai oleh RUYAN sendiri. Dalam analisis ini, ia telah mengesan kehadiran TSNAs dalam larutan kartrij. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa tahap nikotin dalam kartrij rokok elektronik adalah tidak berbeza berbanding kepekatan nikotin yanag terdapat dalam nicotine patch.


John Britton, seorang pakar paru paru di Universiti Nottingham, United Kingdom dan ahli Royal College of Physicians Tobacco Advisory Group menyatakan jika tahap nikotin adalah sama seperti dalam terapi, maka ianya tidak mendatangkan banyak masalah. Analisis terperinci mengenai kehadiran karsinogen dan toksik pula menyatakan bahawa kehadiran dua bahan merbahaya tersebut dalam kandungan kartrij rokok elektronik adalah dibawah tahap bahaya. Ia menyimpulkan bahawa mengikut maklumat pengeluar, komposisi cecair kartrij adalah tidak merbahaya kepada kesihatan, jika ianya digunakan secara yang disyorkan.

maklumat dari wikipedia

No comments:

Post a Comment